Friday, July 22, 2011

Tidur selepas subuh


Sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang tidur selepas solat subuh, terutama pada hari cuti, sehingga sukar untuk mengubah sikap tersebut yang dikatakan tidak elok. Apakah amalan ini BERTENTANG DENGAN AGAMA ISLAM??


Tidak ada dalil yang melarang untuk tidur setelah solat subuh. Jadi amalan tersebut kembali kepada hukum asal iaitu semua perkara adalah mudah iaitu tidak harus dan tidak berdosa jika tidur selepas solat subuh.


Namun terdapat beberapa keburukan jika dipraktikkan, antaranya seperti salah seorang sahabat yang unggul Ibn Abbas r.a. : “Orang yang tidur selepas subuh akan dipayahkan untuknya rezeki”


Ibn Qayyim menulis dalam kitabnya Zad al-Ma'ad (jilid 4, halaman 378) tentang salah satu perkara yang menghalang rezeki ialah tidur pada waktu pagi. Beliau juga berkata, ia juga akan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya melemahkan syahwat. Beliau menamakan tidur selepas subuh sebagai khurq yakni tidur yang dicela dalam budaya arab.


Manakala dalam kitab beliau Madarij al-Salikin disebut dalam bab Marasib al-Qalb (kerosakan hati) tentang hal yang sama. Salah satu punca rosaknya hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yang merosakkan iaitu selepas subuh dan selepas asar.


Daripada Urwah bin Zubair beliau berkata: “Dahulu Zubair melarang anak-anaknya tidur pada waktu pagi.” Urwah berkata: “ Sungguh jika aku mendengar bahawa seseorang itu tidur pada waktu pagi, maka aku pun merasa tidak suka akannya. (Riwayat Ibn Abi Syaibah no.25442. sanad sahih)


Menurut para salaf, tidur selepas subuh sehingga terbit matahari adalah tidur yang ditegah. Waktu tersebut adalah waktu untuk menuai pahala yang melimpah ruah.


Baginda Rasulullah s.a.w. Ialah model terbaik dalam mencontohi amalannya selepas solat subuh. Setelah melaksanakan solat Subuh, Nabi s.a.w. Dan para sahabat duduk di dalam masjid sehingga matahari terbit.


Daripada Samma' bin Harb, aku bertanya kepada Jabir bin Samurah: Adakah kamu kerap duduk bersama Rasulullah s.a.w?”


Jabir bin Samurah berkata: “ya, banyak kali. Rasulullah s.a.w tidak akan meninggalkan tempat beliau menunaikan solat subuh sehingga matahari terbit. Apabila matahari terbit, beliau akan bangun meninggalkan tempat tersebut. Kadang-kadang para sahabat bersembang tentang zaman jahiliyyah yang telah dilalui sambil ketawa sedangkan nabi hanya tersenyum mendengar hal tersebut.” (riwayat muslim)


Kesimpulannya, tiada sebarang halangan untuk tidur selepas subuh. Sunnah yang sebenarnya adalah tidak tidur tetapi paling afdal memanfaatkan waktu tersebut dengan amalan yang baik seperti membaca Quran, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan seumpamanya. Sesungguhnya waktu pagi adalah waktu yang penuh berkat.


Daripada Sakhr al-Ghamidi, Rasulullah s.a.w berdoa:” Ya Allah berkatilah umatku pada waktu pagi”.


Www.starofislam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Freedom by Maher Zain

Gathered here with my family …My neighbours and my friends Standing firm together against oppression holding hands It doesn’t matter where you’re from Or if you’re young, old, women or man We’re here for the same reason; we want to take back our land Oh God thank you For giving us the strength to hold on And now we’re here together Calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, fighting for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us No more being prisoners in our homes No more being afraid to talk Our dream is just to be free, just to be free Now when we’ve taking our first step Towards a life of complete freedom We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there Oh God thank you For giving us the strength to hold on And now we’re here together Calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, fighting for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us I can feel the pride in the air And it makes me strong to see everyone Standing together holding hands in unity Shouting out load demanding their right for freedom This is it and we’re not backing of Oh God we know you hear our call And we’re calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, calling for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us

Lagu Haluan

hayya ala salah

maher zain....adaptasi daripada realiti zaman rasulullah.. muhasabah

sami yusuf... together understand this song...and think about he bring to us..