Khamis, 21 Julai 2011
Diri ini cuba belajar melalui mencubanya satu hari menjadi guru di sebuah sekolah, Sekolah Rendah Ibn Abbas. Datang Seria ni bukan selalu, alang-alang baru pulang dari hostel dan singgah di rumah sahibah, Fat-han Awanis bersama Azifah pada hari sebelumnya.
Jadual mengajar
8.00 – 9.00 pg : Jawi (pra)
Ajar membaca budak-budak kelas pra, Alhamdulillah bersama tentera-tentera Smakl, Adawiah dan Amirah, turut menyertai Shahida dan Ain Redzuan. Kelas pra adalah kelas yang paling susah nak kontrol sebab terlalu bising, ada yang main lari-lari di luar kelas. Ada yang menangis sebab kawan buat, ada yang terlalu manja., macam-macam. Apapun nak kene layan dengan lembut, baik dan tegas.
9.50 – 10.50 pg : Bahasa Arab (pra)
* Ajar binatang, masih ingat 11 jenis haiwan yang diajar. Lepas tu mewarnai.. kali ini Adawiah sorang je yang temankan. Keadaan kelas sama macam di atas, mualimah-mualimah disana kata, mentang-mentang kakak muda yang mengajar, alamatnya budak-budak tu naik kepala.
2.50 – 3.20 ptg : Matematik (Tahun 3)
* Yang nih kene buat homework, jawab soalan sifir,senang sangat. Saya turut mengambil kesempatan mengajar matematik sifir 6 hingga 9 kira guna tangan. Alhamdulillah ada yang boleh faham.
3.20 – 3.50 ptg : Matematik (Tahun 4)
* Cikgu asal suruh tasmi' sifir je, tapi dah agak budak-budak ni memang tak boleh duduk diam, so saya dengan bantuan k.mun, ajar budak-budak sifir 6 hingga 9, guna tangan tak payah hafal pon. Masa mengajar tuh memang ada yang tak faham tapi, budak-budak ni buat-buat faham sebab ramai yang pandai dan ramai yang dah hafal sifir.
Sebelum mengajar kelas matematik tahun 4, saya teman k.mun masuk kelas Tahun 5, subjek Sirah, kelas Amir. Amir malu-malu sebab kakak dia yang ajar. Esoknya k.mun masuk kelas Loqman, tasmi PAFA.
IKTIBAR :
Nak katanya bila masuk kelas jadi cikgu untuk budak-budak sekolah rendah, memang akan jadi garang, dalam garang tu memang dah selembut-lembut cara agar budak-budak tu patuh, taat dan dengar cakap cikgu.
Apa yang saya dapat :
Rasa timbul nak ajar budak-budak supaya faham dan gigih dalam menuntut ilmu. Nasihat untuk mereka agar jangan banyak main, rugi nanti.
Merasai pengorbanan guru yang kene bersabar dengan karenah, ragam dan perangai anak murid, bersungguh dan tidak putus asa dalam mengajar dan mendidik anak murid.
TO ALL TEACHER di dunia ini, I LOVE SO MUCH. Guru adalah ibu bapa yang kedua selepas ibu bapa.
Tahun 1
Tahun 4
budak kelas tahun 3
Kelas tahun 1
Muhammad Iskandar - pra
Bezanya darjat guru DAHULU dan SEKARANG !!!
Www.starofislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment