IJAD RAKAIZ
Ijad Rakaiz Islamiyah ialah mewujudkan asas-asas Islam yang betul. Asas-asas ini ialah ahli-ahli atau kumpulan Islam itu sendiri yang betul-betul ada kesedaran dan kefahaman Islam. Kesedaran dan kefahaman Islam wujud dimerata-rata, inilah yang dinamakan Rakaiz. Ini bukanlah seperti yang dilakukan oleh setengah- setengah jemaah dimana tidak ada pembentukan (dakwah) lepas sahaja. Bagi kita, kita perlu memberi kesedaran (dakwah) dan kita membentuk sekali iaitu kita wujudkan Rakaiz. Rasulullah S.A.W. tidak pernah melepaskan dakwah begitu sahaja,tetapi apa yang dilakukannya ialah kemasukan seseorang itu ialah membentuk ummah(takwin ummah), masuk seorang lagi takwin ummah, dan begitulah seterusnya. Mereka dibentuk oleh Rasulullah S.A.W sehingga menjadi batu asas kepada syariat Islam, perlaksanaan Islam dan Syakhsiah Islam. Kalau tidak wujud Rakaiz ini, maka tidak akan nampak Islam itu sendiri.
Pendidik sentiasa bersama orang yang dididik. Proses pendidikan sentiasa berjalan. Membentuk kader-kader ini supaya wujud ummah induk adalah dikira sangat perlu. Kalau tidak ada ummah induk maka matlamat kita akan berhasil. Ummah induk yang dimaksudkan disini ialah ummah yang betul-betul lahir keseragaman tindakan, fikrah, peribadi dan kaedah dalam gerakannya. Di mana sahaja adalah sama walaupun mereka tidak pernah berjumpa.
Kefahaman yang seperti ini mestilah wujud terlebih dahulu terutamanya di dalam barisan kepimpinan sebelum syarat-syarat berikut dapat diwujudkan. Di antara syarat-syarat kepimpinan adalah:
1. Kemampuan pemimpin (pimpinan) menghubungkan ahli-ahli dengan fikrah Islamiah dan dengan para daie’. Dalam hal ini sekiranya seseorang peminpim itu sendiri tidak faham fikrah,bagaimana ia akan mampu menghubungkan ahli-ahli dengan fikrah. Juga ia ada kemampuan untuk menghubungkannya, ertinya dia tahu cara, teknik untuk menyampaikan fikrah kepada ahli-ahli yang mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu.
2. Bekerjalah, berusaha dengan penuh ikhlas tanpa menunjuk-nunjuk atau mencanangkan kepada orang ramai kecuali bila perlu sahaja. Kita seharusnya banyak bekerja daripada banyak bercakap (memberitahu). Pernah Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna berkata; Jika dibandingkan ahli-ahli Ikhwan muslimin, dalam bekerja dengan orang-orang lain, nescaya heboh ciber tahu apa yang dijalankan.
3. Istiqamah dan terus-menerus bekerja dalam agama Allah. Istiqamah ialah tetap dan sentiasa di dalam peraturan yang telah ditentukan oleh syara’ dan terus-menerus bekerja untuk deen.
4. Sentiasa teliti dan berhati-hati serta sedar bahawa matlamat atau keutamaan ialah mengambil berat tentang kaif (kualiti). Kuantiti tidak menentukan kualiti. Bermakna kita bukanlah terus berada dalam keadaan sedikit. Kita kembangkan selaras dengan peningkatan mutu. Ini baru betul-betul ada gerakannya, ada harakahnya.
5. Tidak banyak berbual-bual atau bercakap-cakap tentang masalah-masalah yang tidak ada faedah walaupun perkara yang tidak menyentuh tentang harakah, misalnya seperti hari ini, kalu di tempat kerja atau di tempat belajar banyak berbual tentang masalah lain. Semua amal kita itu dinamakan amal dhaif kerana ia tidak membawa kepada takwin wa’ Islami (pembentukan Islam). Kalau pun ada masalah yang dibincangkan biarlah yang penting, perkara yang haq, seperti masalah ekonomi, politik atau lain-lain semuanya kearah takwin wa’ islami.
6. Bercakap dengan baik, mendengar dengan teliti dan mengambil perhatian. Ini merupakan contoh didikan. Seperti yang kita lihat sendiri, contohnya, professor sedang mengajar dan para pelajarnya mendengar dengan baik dan penuh perhatian. Dalam perjumpaan yang lain (dalam masyarakat) misalnya pelajar menyuarakan sesuatu, professornya tidak menghirau. Tetapi berbeza bagi yang mendapat didikan tarbiyyah, apabila pelajar menyuarakan sesuatau, professor akan member sepenuh perhatian, tumpuan dan cuba menjawabnya dengan baik. Begitulah kalau sudah dibentuk memang akan melahirkan sesuatu yang baik
7. Sentiasa bersifat lemah lembut tetapi tidak bererti lemah. Bersifat tegas tetapi tidak kasar dan takbur. Bertindak kepada yang salah seperti bapa menghukum anaknya,iaitu penuh ikhlas dan penuh jujur serta tidak zalim.
8. Bersikap perihatin. Mengambil tahu saudara- saudara yang tidak hadir. Tidak diam sahaja. Ini Rasulullah sendiri yang melakukannya, Rasulullah perhatikan sendiri pada waktu solat Jumaat siapa yang tidak hadir ke masjid. Walaupun ramai tapi Rasulullah tahu kerana dia bergaul dengan mereka hari-hari. Kalau Nampak tidak ada (hadir solat jumaat), maka rasulullah mengambil tahu juga. Ada sahabat memberi tahu bahawa saudara itu ada, maka dia mengucap Alhamdulillah. Inilah perhatian yang cukup baik yang dilakukan oleh pemimpin.
9. Tahu bagaimana hendak mengurangkan kuasa supaya apa yang diarah dan diperintah itu betul-betul bermakna. Seorang pemimpin itu sebenarnya tidak banyak mengarah, tetapi sekiranya kalau dia mengarah sekali, maka akan terus terlaksana . reality pada hari ini berbeza, kalau hendak menjadi pemimpin, mereka akan menggunakan kuasa tersebut untuk mengarah sahaja, ini kerana mereka merasa pemimpin itu adalah miliknya. Pemimpin islam kurang menggunakan haknya. Misalnya dia berhak mengarah tetapi dia tidak mengarah. Dia mencari jalan lain. Banyak mengarah itu bukan sipat pemimpin.
10. Tidak mengeluarkan fatwa melaikan ada sandaran hukumnya atau hujah sama ada Al-quran, Hadis, Ijma’ ulama’, Qias atau lain-lain sumber hukum dalam Islam.
11. Tidak membuang masa kepada sesuatu yang tidak berfaedah. Sifat pemimpin tidak ada masa lapang, penuh terisi dengan kerja-kerja yang berfaedah.
12. Pemimpin tidak membiarkan teraju tarbiyyah terlepas kepada mereka yang tabiatny6a suka mengampu dan sarsar (banyak berseloroh, bercakap tidak tentu arah, tidak ada kesungguhan) orang yang suka mengampu, bila mentarbiyyah, ahli kita akan rosak. Orang yang sarsar, cakapnya tidak boleh dipegang. Misalnya reality hari ini pensyarah-pensyarah atau ulama’-ulama’ banyak berseloroh, banyak member orang ketawa sehingga yang serius pun dikemukan dalam bentuk ketawa. Sebab itu kita kene tengok dan berhati-hati supaya tarbiyyah jangan terlepas kepada orang-orang yang seperti ini.
Penulisan dari sebuah buku lama yang diolah cetak hasil susunan oleh Almarhum Ustaz dahlan Mohd Zain
No comments:
Post a Comment