Thursday, December 23, 2010

PMR 2010... Alhamdulillah


In The Name Of Allah....

Semoga Keputusan yang keluar nanti adalah keputusan yang baik ... BAIK untuk Islam... Amiinn... Result saya????!!

NANTI akan diberitahu...

TOLONG DOAKAN SAYA AGAR DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG LAGI BAIK UNTUK ISLAM...

~Wassalam wa wallahualam~

Wednesday, December 15, 2010

~ Hargai Diri Kita ~


Bismillah... Disini empunya blog ingin mengajak diri dan para pembaca bermuhasabah... Ayuh, muhasabah itu harus selalu kerna manusia itu "ANNASS" = PELUPA....

Justeru bagi mengelakkan dari terlupa tentang hakikat kehidupan sebenar... Ayuh kita tengok dan tonton... POHON DITONTON... Rugi tak tengok walaupun dah tahu... wallahualam...

Besar, kecil, kaya, miskin, tua, muda,...Kita sama sahaja..Hanya Sang Pencipta yang berhak menilai tinggi nya darjat seseorang atau nilainya seseorang... Yang membezakan antara kita adalah TAQWA ...

Thursday, December 9, 2010

~: Kita Solat TETAPI :~



Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.




Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?


Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.



KETERANGAN:
Saudaraku sekalian.. Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud ‘Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’.
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud ‘Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang’. Sedangkan orang yang sembahyang masih diancam azab neraka, apatah lagi kita yang tak cukup sembahyang lima waktu sehari semalam... Nauzubillah.. Fikir-fikirkanlah....

AYUH... bermuhasabah...

Tuesday, December 7, 2010

Berapa Nilai Dunia Ini?


****************************************************************************************************************************

Mari kita muhasabah dan kemaskinikan matlamat kehidupan kita. Bersihkan dari sebarang kecintaan dunia yang menyiksakan diri kita kelak di Akhirat. Nilai dunia yang direbutkan terlalu kecil dibandingkan dengan nilai Akhirat. Rasulullah SAW bersabda :

“Perumpamaan dunia dengan akhirat adalah kalian mencelupkan jari kalian ke laut, kemudian diangkat, lihatlah dunia hanya air yang ada di jari tersebut.”
Sebenarnya Allah SWT telah menjelaskan nilai dunia di banding akhirat dan nilai akhirat di banding dunia baik dalam ayat –ayat al Qur’an mahupun hadis Nabi SAW.
Perumpamaan menarik yang digambarkan oleh Rasulullah SAW terhadap nilai sebuah dunia yang menjadi rebutan manusia saat ini.

Dari Jabir RA , bahawasanya Rasulullah SAW menjumpai seekor bangkai anak kambing lagi cacat telinganya lalu baginda mengangkat dengan memegang kedua telinga bangkai itu lantas bersabda:

“Siapakah diantara kalian yang ingin membeli bangkai ini seharga satu dirham? Kemudian para sahabat pun menjawab, “ Kami sama sekali tidak menginginkanya,apa yang dapat kami lakukan dengan bangkai itu ? Lantas Rasulullah SAW kembali bertanya, ”Apa kalian mahu bila bangkai ini menjadi milik kalian?” Para sahabat kembali menjawab ,”Demi Allah, seandainya bangkai ini hidup pun kami tidak berminat, sebab ia cacat apalagi sudah menjadi bangkai.” Kemudian Rasulullah SAW seraya berkata

“Demi Allah, sungguh dunia itu lebih hina di mata Allah daripada bangkai ini di mata kalian. (HR Muslim)

Monday, December 6, 2010

... Selamat Tahun Baru Hijrah...



Assalamualaikum...
Sannah Helwah kuucapkan kepada seluruh insan yang alhamdulillah masih hidup iman dan islam dalam hati dan jiwa nya dan tidak lupa untuknya menghargai dan menjaga 2 nikmat yang tidak ternilai ini, sekiranya tanpa renungan sebagai hamba...

Berdoa wahai hamba...

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam keatas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah aku daripada melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya, sedang Engkau tidak redha dan tidak melupakannya, serta Engkau berlemah-lembut terhadapku walaupun Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau memberi peluang supaya aku bertaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah daku. Seterusnya, sekiranya apa yang aku lakukan padanya daripada perkara-perkara yang Engkau menjanjikan daku dengan pahala atas yang sedemikian itu, maka aku memohon kepada-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripadaku dan janganlah Engkau memutuskan harapanku daripada kurniaan-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim, Yang Awal dan diatas kelebihan-Mu yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohan peliharaan kepada-Mu di sepanjang tahun ini daripada syaitan yang direjam dan pembantu-pembantunya serta tentera-tenteranya. Kami juga memohon pertolongan-Mu daripada nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.


Merenungi dan berfikir sejenak berulang kali memikirkan berapa banyakkah bebanan dosa dan noda yang ada. Aku tidaklah selembut Fatimah Azzahra' , tidaklah sebijak Aisyah, tidak juga sekaya pengorbanan Khadijah Al Khuwailid, tidak seteguhnya aqidah Bilal pabila diseksa, tidak seberani Ali Bin Abi Talib...dan para sahabat lainnya...

usia baru setahun jagung...banyak cabaran hidup yang telah ku lalui dan akan ku lalui...setiap hari adalah tidak sama...
Pagi hari ini tidak sama pagi hari esok dan semalam...
Petang hari ini tidak sama petang hari esok dan semalam...
Malam hari ini tidak sama malam hari esok dan semalam...
Apakah aku masih hidup buat esok hari tiada duga melainkan dengan kuasa-Nya...

Wallahualam... Sama-sama mentafsir dan beru'zlah bermuhasabah maksud doa yang ditulis diatas...

... BEING HUNTER REDHA ALLAH...

Tahun baru, jangan lupa listkan azam baru...tak banyak, tak sikit..tapi apa yang diazamkan untuk berhijrah kepada kebaikan.
*** Tapi orang islam setiap hari dia berazam***
... Wallahualam...

Thursday, December 2, 2010

...Kenapa tak rogol saya !!! ...


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

p/s: SubhanaAllah....moga diambil iktibar n panduan kpd kite terutama yang bergelar Muslimah... InsyaAllah

Mangkuk yang cantik,madu dan sehelai rambut..

Assalamualaikum..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Thursday, November 25, 2010

---------------Big Cake For Big Brother ------------------

..... In The Name Of Allah The Most Merciful And The Most Beneficial .....


HAPPY BIRTHDAY
to
MOHAMMAD FIKRI

25 November 2010 - 22 years old


Sincerely from your lovely siblings :-
~kakak~milah~syura~ami~shitah~aman~amir~hanan~
* Umi & Ayah *


Monday, November 22, 2010

~SMAKL~ Syurgaku Tercinta


*SMAKL adalah OASIS Madrasah Tarbiyyah*


KERJA BESAR UNTUK PERUBAHAN BESAR

Tujuan dakwah sekolah – smakl tercinta- kita dapat didefinikasikan sebagai :-

" TERWUJUDNYA BARISAN REMAJA-PELAJAR YANG MENDUKUNG DAN MEMELOPORI TEGAKNYA NILAI-NILAI KEBENARAN, MAMPU MENGHADAPI TENTANGAN MASA DEPAN DAN MENJADI BATU BATA YANG BAIK DALAM BANGUNAN MASYARAKAT ISLAM

*Barisan dimaksudkan :-

a) Sejumlah banyak orang

b) Memiliki kesamaan visi dan idealism

c) Soliditas yang tinggi

Ertinya dakwah sekolah harus menghasilkan OUTPUT sejumlah besar pelajar yang memiliki visi dan idealism yang tinggi dan siap menjadi arus baru pembaharuan

ACUAN UMUM

a) Sumber ALQURAN dan ASSUNNAH

b) Sirah rasulullah dan para sahabat sebagai rujukan method dakwah

c) Objek yang tepat

d) Membina kekuatan rohani

e) Memiliki keunggula akhlak, akademik, dan kepimpinan

f) Professional dan kreatif

g) Bertahap dalam dakwah

h) Ajakan yang simpatik, lemah lembut dan memudahkan

i) Regenerasi yang mapan

j) Mengader guru

k) Mengaktifkan syura yang sihat

Dengan nama ALLAH , daku memohon keberkatan dan keampunan kesasihan dan kesalahan dalam penulisanku ini. Yang tersebut diatas adalah sebagai peringatan semata – mata bahawa bukan mudah untuk membina madrasah yang bermatlamatkan melahirkan para barisan pendukung ISLAM itu bukan kerja yang mudah.

Post kali ini, saya ingin menceritakan sedikit perihal madrasah tercinta saya – SMAKL- ….Iyaa..pada hakikatnya, kini baru-baru ini , sebelum masing-masing –pelajar- pulang ke syurga masing-masing (rumah) pelbagai perasaan yang bercampur baur yang dirasai oleh kita (para pelajar) terhadap madrasah tercinta SMAKL.

Walaupun masalah itu muncul dan kian tampak …Ayuh, saya mengajak semua berMUHASABAH. Permasalahan ini adalah perkara biasa yang dihadapi oleh para pelajar-pelajar biasa di sekolah-sekolah biasa. Cuma masalah yang menggeledak meletus kurang mengebom (hihi.) Tidak sebesar mana. Kita sebagai pelajar hanya perlu menjalankan tugas yang dippertanggungjawabkan :-

· Sebagai pelajar terhadap sekolah

· Penuntut terhadap murobbi

· Sahabat terhadap kawan-kawan

· Anak terhadap ibu bapa

· Hamba terhadap RABBnya- ALLAH

Apabila kita memahami benar-benar dan jelas akan peranan kita, maka kita akan berusaha untuk “ MEMBERI SEBANYAK – BANYAKNYA DAN MENERIMA SEADANYA “

Saya akui, pekerjaan ini bukan mudah. Begini, walau sebesar mana permasalahannya, kita tetap perlu bersabar dan redha terhadap qada’ dan qadar ALLAH.

ALLAH berfirman ; “ Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan ( ALLAH) dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya ALLAH berserta orang-orang yang sabar “

Dr Abdullah Sudin pernah menyebut kepada (brohamzah) : - “ Usah jadikan masalah itu masalah. Tetapi jadikan masalah itu sebagai peluang untuk beribadah dan mempertingkatkan diri.

## walaupun kita sebenarnya mengharapkan murobbi untuk bersama- sama mendidik, mengasuh dan mentarbiyyah adik-adik, padahal kita sebenarnya adalah murobbi bagi mereka ##

Hakikat musibah:

Bukan senang,

Bukan susah,

Tapi sebuah kenyataan,

Yang harus berdepan..

Wallahualam… segala yang benar datangnya dari Allah dan yang silap dan salah disepanjang penulisan ini adalah dari penulisnya. Aku bermohon kepada ALLAH agar mengampuni dosa dan nodaku yang melimpah. Semoga SMAKL tetap teguh buat selamanya, juga semoga Smakl berjaya melahirkan barisan kader-kader yang hebat, penegak dan penggerak ISLAM di mata DUNIA…amiin…

Thursday, September 16, 2010

Raya 2010


Bismillahirrahimanirrahim…

Sebelum mengembara lebih jauh, saya disini ingin mengucapkan….Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh penduduk di dunia nih..haha, walaupun tak de orang yang lawat blog ni ( bagi saya), tapi bagi saya blog yang saya buat nih 100% untuk diri saya (sebagai dairi hidup) dan keluarga….

BALIK BANDAR…

Tanggal 14 hb Sept saya sekeluarga kecuali abg fikri dengan menaiki van Serena mengembara menuju ke Bandar belah mak. ( kampong belah ayah, dah tak de sape-sape, nenek perak baru je meninggal masa bulan 3 yang lepas, dalam tahun ni jugak laa,so balik kam pong tahun nih tak nama balik kampong la, apsal?? Sebab nyekampong belah mak nih kat Bandar Klang, so namanye balik bandarlah…)hahahaha..

Start kembara kira2 jam 3 petang, perjalanan ke Bandar Klang ambil masa kira2 4 jam.. masa time berbuka, kitorang adik beradik, (k.moon,k.miel,saya,fahmi,syitah,lokman,amir dan hanan) nak tau makan apa?? Kitorang berbuka dengan makan KACANG NIPS… makan bahulu yang ada inti strowberi,coklat, dan //!!??? Tak ingat inti apa..apa2 lah tapi sampai jugak lah kat rumah nenek…

RAYA

“menjelang hari raya…..terlihat suasana..bergema takbir raya..menyambut syawal tiba”….lagu raya bergema….

Ramai family belah mak datang makcik ros, mak long, makcik ana pon datang jugak. Makcik ana tu TWIN dengan mak saya (MARIANA dan MARIANI)…cucu cucu atuk nenek sumer nya kira2 32 orang…hhmm ramai jugak

BAJU RAYA PERTAMA…

ni umi dan ayah tercinta bersama adik bongsu, hanan…



ni plak adik beradik pompuan. Tahun nih aku pakai tudung tiga segi …aku pakai pon cukup syarat (labuh bawah punggung dan tutup dada) jadi rasa nyer tak de salah nye.. lagi pon kat Bandar Klang tuh aku cuma jumpa dengan family je..sepupu sepapat, sedara mara, nenek2 dan atuk2… harap2 x de apa2 kontrolvesi… haha gurau je.. cantik tak jubah kitorang… tahun nih family saya raya bertema ala ala arab…ayah pakai serban…maklum la baru abis buat umrah masa Ramadan lalu…adik2 laki pon pakai jubah….


hah nisapa??? Teererenngg… ha nih lah si kembar… yang kanan tuh Makcik ana dan yang kiri tuh mak saya, Makcik ani… yang budak kecik tu plak anak bongsu makcik ana yang ke-10, di pinjam tudung hanan.. comel kan???

Ni gambar family aku, kembar mak(makcik ana) dan family adik mak (makcik ros), raya ke dua di rumah makcik ros…dari kiri abang fikri, hanan, munirah, masyitah, jamilah, saya mastura,pink kat atas tu maizatul anisa, hijau tu meerah, maisarah,liyana, ……..( x ingat tapi sama umur la), laki tuh, mubasyir. Baris ke dua dari kanan maizurah, makcik ana, pakcik zek( zakaria, suami mc ana),pc zaaba (suami mc ros,mc ros,umi (mc mariani), ayah (nasri), mujahid..(ni cucu pertama), zulhelmi,bawah… fahmi,muzamil,amir, mukhris, muzaffar, atan, muzakir, lokman, ………….(x ingat jugak sbb x pernah ckp ngan dia)...last kali..budak kecik tuh.. zulhakim…bayangkan rumah nenek kecik je tapi boleh muat sumer orang dalm gambar nih… huh.. meria, dan riuh rendah betol rumah nenek…adooi.. pening lalat nenek dan atuk melayan cucu2 yang kecik2 lagi nakal.

RAYA KE- 5

Raya ke lima aku raya kat rumah peah dan zaaim… rancang2 ingat kan nak pergi AQUARIA, nak buat mcm mana ALLAH tak izin. Tapi last2 kitorang satu family pergi ke i-City, Klang ( Digital Light City) , Bandar berlampu.





dah abis daa.. okey, jumpa raya tahun dpan plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Freedom by Maher Zain

Gathered here with my family …My neighbours and my friends Standing firm together against oppression holding hands It doesn’t matter where you’re from Or if you’re young, old, women or man We’re here for the same reason; we want to take back our land Oh God thank you For giving us the strength to hold on And now we’re here together Calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, fighting for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us No more being prisoners in our homes No more being afraid to talk Our dream is just to be free, just to be free Now when we’ve taking our first step Towards a life of complete freedom We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there Oh God thank you For giving us the strength to hold on And now we’re here together Calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, fighting for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us I can feel the pride in the air And it makes me strong to see everyone Standing together holding hands in unity Shouting out load demanding their right for freedom This is it and we’re not backing of Oh God we know you hear our call And we’re calling you for freedom, freedom We know you can hear our call ooh We’re calling for freedom, calling for freedom We know you won’t let us fall oh We know you’re here with us

Lagu Haluan

hayya ala salah

maher zain....adaptasi daripada realiti zaman rasulullah.. muhasabah

sami yusuf... together understand this song...and think about he bring to us..